Favorite Me

**..Makanan Kegemaran Ku.. urmmm ape la kalau bukan Ikan Patin Masak Tempoyak la, makanan famous orang pahang..urmmmm kalau kena pada cara masaknye fuyooo!!! pasti nak lagi. Korang semua kalau rasa nak makan Ikan Patin Mask Tempoyak masakan orang pahang meh la datang yea..**


Bahan-Bahan :
** 1 ekor ikan patin ( ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilang bau hanyir selama 1 jam **
** 2 ulas kunyit hidup ( ditumbuk halus ) **
** 6 biji bawang kecil ( ditumbuk halus ) **
** 20 biji cili api ( ditumbuk halus ) **
** 2 senduk tempoyak ( agak2 nak pekat letak lebih sikit ) **
** 1 biji timun ( dipotong dadu ) **
** 2 ikat daun kesum **
** 2 ikat bunga kantan **
** sedikit asam keping **
** 3 cawan air ( ikut kepekatan ) **
** garam ( secukup rasa ) **
** gula ( kalau agak terlalu pedas ) **

Cara-caranya :
Ikan dibersihkan dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan, kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi, masukkan kedalam periuk yang diletakkan air dan gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biarkan 3 minit baru masukkan ikan yang terlebiih dahulu dibersihkan. Masukan bunga kantan, daun kesum dan timun tadi sambil itu masukkan garam, jangan terlampau masin kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sedikit.

Cadangan Hidangan :
Sedap dimakan panas dengan nasi putih,teramat menyelerakan resepi ibu saya sendiri hehehehe... Selamat Mencuba kawan2..Kalu boleh tempoyak tue biar la yang diperam selama 5 hari baru la sedap dan ada urmmmm :-)

** Minuman Kegemaran ku pulak lain x bukan cappuccino la..urmm ni kalau minum time2 cuaca sejuk memang best **



** Untuk warna kegemaran ku pulak, lain x bukan warna purple la. Asal ade jea benda yang warna purple mesti aku akan menoleh  untuk melihat..tambah2 lagi kereta atau aksesori..Kadang2 dengan wrana purple nie pun aku boleh dapat inspirasi.**

** Warna purple ni terdiri dengan berbagai-bagai tingkatan warna diantaranya :
" Kulit putih nampak kontra dengan warna purple yang lebih cerah dengan warna dasar biru "
" Kulit yang llebih gelap akan nampak cantik dengan purple pastel seperti lila "
" Kalau rambut hitam pulak lebih sesuai dengan warna violet "


** Warna purple juga menunjukkan pengaruh, pandangan ketiga, kekuatan spiritual, pengetahuan yang tersembunyi, aspirasi yang tinggi dan Harga diri **


** Ha ada 1 lagu kegemaran Ku yang kawan2 mungkin x tahu kan, Nie dia Novel Cinta diaman aku akan membaca pada masa terluang. Seronok jugak melayan novel2  cinta ni sekali sekala tambah2 di kampung pada waktu petang dibawah pokok yang diiringi dengan tiupan angin sepoi2 huhuhuhu memang layan **
Diantara Novel-Novelnya :

<3..Kau Yang Satu..3>
Kau yang satu Bot milik peribadi Datok Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut China Selatan. Nasibnya baik diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman.Tuaufik tidak setuju dengan cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli anak ketua kampung, namun segala impian mereka tidak tercapai......Nak tahu lebih lanjut cuba la baca hehehehe..



<3..Andai Itu Takdirnya..3>
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang palaing tinggi. Mentalilinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.....Continue..


<3..Kau Dan Aku..3>
Dalam Novel nie pun memang best sgt2, novel nie ada gaya2 genre Romantik Komedi tau bila start baca pun dan mula tergelak sorang2. Watak Farisya yang ala-ala tomboy memang menggelikan hati lah. Kelakar!! dan watak Farish Hakimi yang merupakan bos Farisya,nak pulak si Farish tue syok lak dekat Farisya. Boleh dikatakan si Farish tue dah macam ulat bulu naik daun la hak3..Part yang aku palaing suka time dia cakap! what! Lantak r, lagi pun Farisya nie dialog dia kelakar ( walaupun dia tengah menyirap ). Untuk kawan2 yang x baca lagi,cuba2  la cari buku nie dan baca yea seronok heheheh....