Tuesday 31 May 2011

Karak..Seram!! Seram..


** Cerita Karak arahan KRU..ermm boleh la seram tue seram la jugak masih terbayang bayang jugak suara dalam cerita karak nie. Yang aku peliknya dalam panggung tue aku tengok ada yang siap gelak lagi tengok cerita karak nie, dalam hati aku ckp yang dia orang semua nie macam x ada perasaan jea tengok, yea la x takut langsung.. ermmm mungkin aku jea kot yang penakutnya lebih hehehehe.. takut2 aku nak jugak tengok sebenarnya jalan cerita macam mana. Yea la yang kira seram la masa part kereta volkswagen kuning follow belakang kereta pelajar2 tue sampai 2 kali yang peliknya x ada orang yang memandu cuma ada penumpang seorang kat belakang huhuhuhu cam real jea..terbayang lak cm mana kalau balik kampung tengah2 malam lalu ikut jalan tue. Seram!!Seram!!..Jalan Karak tue memang macam2 dah terjadi perkara yang pelik so di nasihat kan sape-sape yang nak balik kampung ikut jalan tue hati-hati la yea jaga tingkah laku mulut tue jangan cakap yang bukan2 dan lebih bagus balik la waktu cerah yea...Selamat Menonton..

Tuesday 24 May 2011

Kerana Terluka..

Ermmm....memang lumrah dunia tinggal dan ditinggalkan. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan kan?, kadang-kadang aku jadi x faham kenapa perkara yang sama sentiasa berulang padahal perkara itu yang aku takut sgt nak hadapinya. Adakah mungkin ada silap aku yang menjadikan aku senasib begini :-(..mungkin, mungkin takdir aku begini tapi aku percaya Tuhan menjanjikan sesuatu yang terbaik buat diriku insyaallah..
Selamat Tinggal Sayangku,
Selamat Tinggal Kasihku,
Aku Terpaksa Pergi Dahulu,
Kerana Terluka Hati Ini...




Ujian itu nikmat, ia mendekatkan kita dengan Sang Pecinta, kerana kasihNya kita diberi nikmat berbisik kepadaNya..manakala nikmat itulah ujian yang sering membuat kita alpa dan terlupa dari mana datangnya kesenangan yang dimiliki, namun hakikat sebenar nikmat dan ujian terdapat dalam kedua2 keadaan dan beruntunglah bagi mereka yang sentiasa menjinakkan hati untuk bersyukur dan mentaati Rabbul'Izati...

Tuesday 17 May 2011

Kejohanan Badminton Wilayah Selangor 2011


Kemenangan pertandingan badminton peringkat Wilayah Selangor
telah membawa kejayaan kepada Kolej Komuniti Hulu Langat........................
Kejayaan yang telah dikecapi ialah

Single perempuan 1 : Johan
Single perempuan 2 : Kedua
Double Perempuan 1 : Ketiga

Staff Perempuan : Johan
Staff lelaki : Johan

(pertama kali Kolej Komuniti Hulu Langat Merangkul Bnyk pingat 
pada Kejohanan Badminton Wilayah Selangor)

Alhamdulillah............................